ALOR SETAR: Kontinjen negeri Kedah Darul Aman menyasarkan kutipan 25 pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) MSN yang akan berlangsung di sekitar Lembah Klang bermula 16 hingga 24 September ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sasaran berkenaan adalah realistik berdasarkan persiapan rapi kontinjen negeri Jelapang Padi itu sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, antara sukan yang disasarkan untuk menghadiahkan emas untuk Kedah ialah sukan tempur, sukan raket dan juga sukan pelayaran.
Beliau turut mengumumkan kerajaan negeri menawarkan ganjaran kepada atlet cemerlang iaitu RM3,000 bagi pingat emas; RM2,000 (pingat perak) dan RM1,000 (pingat gangsa) dalam meningkatkan semangat atlet yang bertanding.
Tambahnya, sebagai tambahan, atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada SUKMA kali ini juga akan diberikan ganjaran tambahan.
"Sasaran Kedah Darul Aman (adalah) minimum 25 emas, pingat lain terserah tetapi emas paling kurang (kita peroleh) 25 pingat emas, kita juga sudah sebutkan komitmen kerajaan dan Majlis Sukan Negeri untuk memberikan ganjaran,” kata Muhammad Sanusi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Khamis.
Tambahnya, atlet-atlet pelayaran yang mewakili Kedah juga dilihat mempunyai kelebihan memandangkan acara itu akan dijalankan di Langkawi.
Beliau turut mengharapkan agar slogan kontinjen negeri itu iaitu 'Kedah Fighters' akan menjadi tonik terbaik dalam membawa nama baik dan maruah negeri Jelapang Padi itu dalam bidang sukan.
Kontinjen Kedah yang terdiri daripada 520 atlet, 103 jurulatih, 38 pengurus, 75 urusetia dan 37 pegawai tambahan akan menyertai 31 jenis acara sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA kali ini.
Temasya kali ini menawarkan sebanyak 426 pingat emas iaitu 223 dalam acara lelaki, wanita (184) dan campuran (19).
Kebanyakan venue bagi SUKMA edisi ke-20 itu melibatkan empat zon sekitar Lembah Klang-Kuala Lumpur, Bangi (termasuk Nilai dan Putrajaya), Bukit Jalil dan Shah Alam, manakala pelayaran dianjurkan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
Abd Hadi Che Awang
Thu Sep 08 2022
Muhammad Sanusi Md Nor (berdiri, tengah) bergambar bersama sebahagian daripada kontinjen negeri Kedah yang akan menyahur cabaran di Sukan Malaysia 2022 selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah di Alor Setar, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping
Adamas belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada Sukma lalu.
Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan
Lontaran sejauh 13.38m yang menghasilkan emas itu, ternyata mengejutkan atlet olahraga kebangsaan dari Sarawak Grace Wong Xiu Mei.
Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka
Hasrat melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.
Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin tiada unsur sabotaj dalam pengguguran 12 acara di saat akhir sebelum tarikh tutup Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa menggunakan kuasa mutlak selaku Menteri Belia dan Sukan jika ada, untuk meneruskan acara terjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.
Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas
Antara sukan utama yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas kepada Melaka adalah wushu, badminton, silat, petanque dan renang.
Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS
Mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.
Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.
Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal
Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.